|
Pengalaman Itu Indah ,Ujian itu Pengajaran
Sunday 15 February 2015 | 23:54 | 0 candie blossom
Assalamualaikum..Apa khabar hari ni ? semoga allah sentiasa merahmati kita di bawah perlindunganNya.. Alhamdulilah hari ni Sis A dan sis I dah kembali semula ke kolej untuk sem yang baru.. yaaa.. siapa sangka sekarang dah masuk sem 4.. dulu mula-mula masuk kolej dulu.. blur2x... ja lagi.. tapi alhamdulillah sekarang ni banyak ilmu yang dapat di upgrade dan ditambah.. Jangan pernah jemu-jemu untuk upgrade ilmu ya sahabt :) Oke tengok balik tajuk hari ini.. oke nampak macam ada satu cerita je kan nak kongsi.. yaa kalau boleh memang nak citer macam-macam pengalaman kat sini.. tapi rasanya memang takkan habis lakot.. mau hangg blog ni kita buat.. hihihi... oke baik.. sis A rasa sure kan setiap manusia yang di ciptakan oleh Allah akan melalui setiap ujian tetapi berbeza-beza bukan.. yaa kehidupan kita tidak akan lari diuji.. Malahan ujian itu sebenarnya memberi kita suatu pengalaman yang lebih berharga dan bernilai yang tidak mungkin kita akan dapati dimana-mana pelusuk seluruh dunia ini melainkan dengan keizinan Allah.. Sis tahu kadang-kadang kita sebagai manusia tidak lari dari perasaan selesa dengan nikmat yang Allah beri.. dan sebenarnya melalui keselesaan itulah jugak kita sebenarnya mudah lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba allah di muka bumi ini.Sis sendiri pun sering duiji oleh Allah dan kadang-kadang mudah berasa down dan patah semangat.. tapi oleh kerana adanya sahabat yang sentiasa membawa kita ke jalan Allah.. Sis akan bangun semula untuk meneruskan tugas sebagai tanggungjawab sebagai hamba Allah.. Ya sahabat itu sendiri memainkan peranan penting untuk kita mengharungi liku-liku kehidupan.. ada juga sesetengah manusia yang sering mempersoalkan mengapa dirinya diuji dengan begitu hebat... dia merasakan dirinya tidak mampu untuk melalui ujian tersebut sedangkan allah telah lama memberitahu di dalam al-quran
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."(Al-Quran Surat Al-Baqarah Ayat 286)
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya "Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin (Surah Al-Baqarah : 286)
Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak
ada yang sempurna keinginan mereka. Ada yang kaya dan ada yang miskin;
ada yang bijak dan ada juga yang tidak bijak. Ada pula yang datangnya
dari keluarga yang bahagia, mendapat layanan yang sebaik-baiknya daripada ibubapa
ataupun anak-anak serta anggota keluarga yang lain.
Sebaliknya ada juga
manusia yang berasal dari keluarga yang kucau-kacir yang sering
memeningkan kepalanya. Di samping itu ada berbagai perkara memuaskan
yang dimiliki oleh sebahagian manusia yang tidak dipunyai oleh
sebahagian yang lain. Walau bagaimanapun setiap daripada orang mukmin
hendaklah redha dengan setiap apa yang dimilikinya.
Apa yang sis kongsikan hari ini bukan lah hanya semata-mata untuk pembaca sahaja malahan ianya juga adlah untuk peringatan diri sis sendiri.. okelah akhir kata semoga kita bertemu kembali untuk post yang akan datang... ASSALAMUALAIKUM.. :) Kenal Jomm :)
Monday 5 January 2015 | 09:25 | 0 candie blossom
Bismillahirahmanirrahim.. Salam perkenalan kepada blogger and pembaca blogg.. First of all this is my first post.. so kalau ade terlebih terkurang tuu harapnya dimaafkan yaaaa.... Tujuan blog ni simple macam blogger lain.. ingin mencoretkan kisah-kisah yang mungkin boleh bagi bermanfaat kepada pembaca-pembaca lain... Blogg ni owner nya bukan sorang tau... Blog ni ade dua orang tuan tanah nyaaa... Bukan saya seorang je tauuu... ade seorang lagi sahabat yang juga akan mengendalikan blogg nukilanshahdu ni.. Untuk permulaan tak perlu kot nak sembang panjang-panjang kan walaupun actually dah nak meleret-meleret kan panjang nya.. jadi harapan permulaan kami adalah semoga blog ini mampu membantu kita dalam pertingkatkan ilmu kita.. In sha Allah... |